Filem Om Nom – Watak Dari Permainan Cut The Rope Bakal Ditayangkan Pada Tahun Hadapan

Filem Om Nom – Watak Dari Permainan Cut The Rope Bakal Ditayangkan Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada June 8, 2015 oleh .

Om NomOm Nom merupakan seekor watak yang comel daripada permainan Cut The Rope – salah satu permainan yang sangat popular dikalangan para pengguna peranti mudah-alih. Kini, memperluaskan penawaran dan penggunaan watak berkenaan, ZeptoLab turut mengumumkan yang watak Om Nom berkenaan akan diadaptasi ke sebuah filem dan ditayangkan pada tahun hadapan.

Menurut ZeptoLab, filem ini akan mengisahkan seorang budak berumur 13 tahun dinamakan Evan yang membuka sebuah pakej mengandungi eksperimen sains hidup, iaitu Om Nom. Om Nom seperti semua sedia maklum mempunyai nafsu yang tinggi terhadap makanan bergula, dan filem ini mengisahkan perkara yang berlaku selepas Om Nom dibebaskan ke dunia, dan apa yang dilalui Evan serta Om Nom dalam mengelak daripada ia ditangkap pihak yang tidak bertanggungjawab.

Filem animasi 3D Om Nom ini dijangka menemui para peminat permainan berkenaan pada lewat tahun hadapan.


TIPS & ULASAN