Cari @ Amanz

Pada Apple WWDC 2015, selain berkongsi mengenai sistem operasi perkomputeran terbaru mereka – OS X 10.11 El Capitan, pihak Apple turut memperkenalkan kemaskini sistem operasi untuk peranti mudah-alih mereka, iaitu iOS 9.

Apple iOS 9

Melalui iOS 9, pihak Apple dilihat memfokuskan kepada sokongan pembantu pintar mereka. Kini, Siri hadir dengan kemaskini antaramuka, dan penambahan beberapa fungsi carian dan peringatan baru. Disamping sokongan pembantu biasa, Apple turut mengumumkan fungsi baru dinamakan Proactive Assistant.

iOS 9

Proactive Assistant membantu dalam beberapa perkara, termasuk memperlihatkan aplikasi yang mungkin anda ingin akses pada sesuatu waktu – sebagai contoh aplikasi muzik pada awal pagi. Apple juga kini membuat carian nombor telefon pada emel, dan memaparkannya kepada anda jika sesuatu nombor yang memanggil anda tidak tersimpan pada buku alamat.

Apple turut mengatakan kini mereka menambah baik sokongan carian pada peranti mudah-alih, dimana pengguna boleh membuat carian daripada sejumlah web dan perkhidmatan popular – selain membolehkan pembangun mengintegrasikan API carian pada aplikasi mereka dalam usaha menjadikan carian lebih baik lagi.

iOS 9

iOS 9

iOS 9

iOS 9

Pengguna juga dipaparkan dengan cadangan nama pemanggil, selain aplikasi yang bersesuaian mengikut kepada waktu dan lokasi semasa mereka.

Apple turut mengatakan segala data yang dipaparkan kepada pengguna adalah berdasarkan kepada apa yang tersimpan pada peranti dan tidak menyimpan sebarang data pada pelayan Apple. Beberapa carian seperti keadaan trafik dan sebagainya pula dibuat secara anonymous dan tidak melibatkan sebarang ID pengguna.

Pada iOS 9 juga, Apple turut mengemaskini beberapa aplikasi. Seperti pada El Capitan, aplikasi Notes untuk iOS turut hadir dengan beberapa sokongan pemformatan baru dalam menjadikan nota yang disimpan lebih kemas dan cantik lagi berbanding sebelum ini.

Disamping itu, salah satu aplikasi baru yang turut diperkenalkan Apple untuk iOS 9 ini adalah Apple News, dimana ia membawakan sebuah aplikasi seumpama Flipboard – dan menggantikan Newsstand pada iPhone dan iPad. Menggunakannya, pengguna boleh mengikuti pelbagai berita semasa dengan lebih mudah melaluinya.

Apple iOS 9

Untuk pengguna iPad pula, salah satu ciri baru yang disertakan oleh Apple bersama-sama iOS 9 adalah kebolehan multi-tasking dengan membuka aplikasi bersebelahan antara satu sama lain – sekaligus memudahkan pengguna membuat beberapa tugasan. Disamping itu, pengguna iPad juga boleh membuka video sebagai tetingkap berasingan (picture-in-picture) dan menggunakan aplikasi lain pada latar dengan mudah. Pengenalan fungsi split-screen ini untuk tujuan multi-tasking juga selari dengan fungsi yang diumumkan oleh Apple untuk OS X 10.11 El Capitan. Fungsi split-screen ini akan ditawarkan untuk beberapa iPad terpilih sahaja memandangkan ia memerlukan kuasa pemprosesan yang lebih tinggi.

Apple iOS 9

Apple iOS 9

Satu lagi ciri baru yang hadir ke iOS 9 adalah Low Power Mode, membolehkan pengguna mengaktifkannya dan mendapatkan sehingga 3 jam tambahan – sesuai jika bateri peranti anda pada tahap kritikal, dan anda inginkan ia beroperasi untuk lebih lama. Ia berfungsi dengan mematikan pelbagai aplikasi di latar dan menjimatkan penggunaan tenaga peranti.

Apple iOS 9

Apple mengatakan kemaskini iOS 9 ini akan ditawarkan kepada semua pengguna peranti iOS 8 sedia ada, dan Apple mengatakan fail pemasangannya akan bersaiz sekitar 1.3GB. Seperti untuk OS X, versi beta terbuka akan hadir pada bulan Julai, sebelum versi akhir ditawarkan beberapa bulan selepas itu.

Apple iOS 9

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd