Apple Music Diperkenalkan – Akan Ke Mac, iOS, Windows Dan Android

Apple Music Diperkenalkan – Akan Ke Mac, iOS, Windows Dan Android

Diterbitkan pada June 9, 2015 oleh .

Apple Music

Apple selain mengumumkan beberapa perkara baru untuk sistem operasi mereka hari ini, mereka juga turut memperkenalkan satu lagi perkhidmatan baru yang akan ditawarkan kepada pengguna peranti Apple, dinamakan sebagai Apple Music.

Apple Music merupakan perkhidmatan memfokuskan muzik daripada Apple. Ia dilengkapi dengan sokongan enjin cadangan muzik, membolehkan anda mendengar lagu-lagu yang mungkin diminati anda berdasarkan kepada data berkenaan anda, termasuk pembelian lagu dan juga lagu yang pernah didengar sebelum ini.

Apple Music

Apple Music

Menariknya mengenai enjin Apple Music ini adalah ia turut diintegrasikan dengan Siri, dan anda boleh mendengar sesuatu lagu dengan membuat carian – termasuk membuat carian lagu tema untuk sesuatu filem dan sebagainya.

Selain itu, Apple Music juga turut mengintegrasikan sokongan radio yang disiar secara langsung dinamakan Beats One dan ditawarkan di lebih 100 buah negara.

Dan akhir sekali, Apple Music turut mengintegrasikan sokongan sosial, membolehkan para artis berkongsi perkembangan semasa mereka dan berinteraski dengan para peminat. Apple pernah mencuba suatu perkhidmatan seumpamanya beberapa tahun lepas melalui perkhidmatan Ping, tetapi ia gagal ketika itu.

Apple Music ini akan ditawarkan pada harga langganan $9.99 sebulan bermula penghujung Jun ini, dan Apple menawarkan ia secara percuma selama tiga bulan kepada semua. Menariknya, selain menawarkan ia kepada pengguna peranti iOS dan Mac, Apple Music juga turut akan ditawarkan kepada Windows, dan akan datang ke Android tidak lama lagi.

Apple Music

Apple Music

Apple Music

Apple Music


TIPS & ULASAN