Cari @ Amanz

Apple ketika WWDC 2015 yang diadakan awal pagi ini telah mengumumkan beberapa perkara baru, termasuk iOS9. Menariknya, kini pada halaman iOS9 rasmi, Apple turut memperlihatkan mereka akan menyediakan sebuah aplikasi Android khusus untuk memudahkan pengguna Android beralih ke iOS.

Melalui apa yang dikongsikan Apple, aplikasi ini akan dinamakan sebagai Move To iOS, dan akan memudahkan para pengguna peranti Android memindahkan pelbagai data mereka ke peranti iOS.

Apple Move To iOS

Menggunakannya, ia akan memindahkan data buku alamat, sejarah permesejan, gambar dari kamera peranti, penanda web, akaun emel, dan juga kalendar. Disamping itu, Apple turut akan mengesan pelbagai aplikasi pada peranti Android dan mencadangkan ia untuk dimuat-turun daripada Apple App Store – sementara untuk aplikasi berbayar akan ditambah ke iTunes Wish List.

Dengan pengumuman Apple ini, ia menjadi aplikasi kedua akan ditawarkan oleh Apple untuk platform Android – selain daripada Apple Music.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah aplikasi ini akan ditawarkan secara rasminya kepada umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd