Twitter Kini Memudahkan Lagi Anda Untuk Mengikuti Perbualan

Twitter Kini Memudahkan Lagi Anda Untuk Mengikuti Perbualan

Diterbitkan pada June 9, 2015 oleh .

Twitter InteraksiTwitter merupakan salah satu laman sosial terkemuka selain Facebook, dimana pelbagai jenama menggunakan perkhidmatan tersebut untuk berinteraksi. Selain jenama, ramai selebriti, ahli politik, malah ramai pengguna yang menggunakannya untuk berinteraksi dan berbual dengan ramai pengguna lain.

Kini, dalam usaha memudahkan lagi pengguna mengikuti perbualan dan melihat interaksi di dalam sesuatu Tweet, pihak Twitter membawakan sebuah perubahan kecil pada laman mereka.

Setiap perbualan yang berkait kini ditandakan dengan sebuah garisan, sekaligus memudahkan lagi pengguna mengikuti sesuatu interaksi Tweet antara satu sama lain.

Ini juga memudahkan lagi pengguna mengikuti perbualan antara satu Tweet dan lain tanpa keliru seperti sebelum ini.

Pihak Twitter mengatakan fungsi ini akan diperkenalkan pada web bermula hari ini, dan ia akan turut diperluaskan ke aplikasi mudah-alih tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN