Moky – Papan Kekunci Tablet Dengan Pad Sesentuh Teknologi Laser

Moky – Papan Kekunci Tablet Dengan Pad Sesentuh Teknologi Laser

Diterbitkan pada June 9, 2015 oleh .

Papan kekunci Blueetooth tablet wujud bagi menyenangkan proses menaip bagi melakukan kerja. Papan kekunci atas skrin yang ada sekarang amat menyakitkan untuk digunakan bagi menaik kertas kerja yang panjang.  Ini sekaligus menurunkan tahap kepantasan menaip. Terdapat banyak papan kekunci Bluetooth untuk tablet di pasaran dan majoritinya tidak mempunyai pad sesentuh terbina. Ini adalah kerana tiada ruang untuk meletakkannya.

Moky-1

Moky ialah sebuah papan kekunci untuk tablet yang mempunyai pad sesentuh terbina yang menggunakan teknologi laser. Keseluruhan papan kekunci boleh berfungsi sebagai pad sesentuh apabila diperlukan. Terdapat dua pemancar laser yang mengesan pergerakan jari dan merubahnya kepada pergerakan cursor pada skrin peranti. Kesemua fungsi asas pad sesentuh seperti mentatal menggunakan dua jari dan aksi zoom keluar masuk dapat dilakukan dengan mudah. Moky turut mempunyai penutup khas yang apabila dibuka akan menjadi tempat untuk meletakkan tablet anda.

Moky sesuai digunakan dengan peranti iOs, Android dan juga Windows. Bateri terbinanya pula dikatakan mampu bertahan selama tiga bulan sebelum perlu dicas semula. Harga jualan adalah $69 sebuah.

Moky-2


TIPS & ULASAN