Sony Smart B-Trainer Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Peranti Untuk Mereka Yang Kerap Bersukan

Sony Smart B-Trainer Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Peranti Untuk Mereka Yang Kerap Bersukan

Diterbitkan pada June 9, 2015 oleh .

Semalam, Sony Malaysia telah memulakan pra-tempahan untuk peranti terbaru mereka dinamakan sebagai Sony Smart-B Trainer, dan hari ini, peranti berkenaan telah pun dilancarkan secara rasminya untuk pasaran tempatan.

Sony Smart B-Trainer

Sony Smart B-Trainer

Smart-B Trainer merupakan peranti memfokuskan mereka yang kerap bersukan – terutamanya berlari. Smart B-Trainer ini merupakan sebuah headset yang turut hadir dengan beberapa sensor terbina untuk memantau pelbagai perkara, termasuk kadar denyutan jantung, jarak larian, kadar pecutan dan sebagainya.

Sebuah aplikasi khusus untuk Smart-B Trainer turut disediakan bagi pengguna, membolehkan mereka sync akan data dan melihat pelbagai perkembangan semasa mereka dalam bentuk visual yang menarik.

Lagu yang dimainkan melalui Smart B-Trainer ini juga boleh diselarikan dengan kadar gerakan anda, dimana ia menyelaraskan dan memainkan lagu dengan tempo yang sesuai. Perkara ini dijayakan dengan menggunakan dan mengintegrasikan sensor kadar denyutan jantung untuknya.

Sony Smart B-Trainer ini akan dijual di Malaysia pada harga RM999 bermula daripada 15 Jun ini.


TIPS & ULASAN