Cari @ Amanz

Celcom baru-baru ini telah menawarkan pelan pascabayar terbaru iaitu FIRST Basic 38. Bersama-sama dengannya pelan khusus yang disertakan bersama telefon pintar turut ditawarkan, dimana pada kadar langganan RM 48 sebulan, pelanggan berupaya menikmati internet laju dengan kuota had 3GB Internet dan mendapat tawaran telefon pintar percuma bersama dengannya.

660-1022-entrybanner

Pelan telefon pintar bersama FIRST Basic 38 ini turut membawakan penawaran yang sama, iaitu kuota data 3GB Internet dan juga 3GB WiFi, 50 minit panggilan percuma dan 50 SMS percuma kepada semua rangkaian. Sedikit berbeza dengan pelan asal FIRST Basic 38, pelan FIRST Basic 38 dengan telefon pintar ini juga memberikan 2 pas masuk untuk perkhidmatan penstriman video dan drama mereka iaitu ESCAPE dengan tambahan RM10 setiap bulan. Langganan bulanannya juga berbeza, iaitu RM48 ringgit.

Seperti pelan-pelan Celcom FIRST yang lain, kebolehan untuk membawa kuota data yang tidak digunakan pada bulan tersebut ke bulan hadapan adalah sesuatu yang semestinya memberikan lebih nilai kepada pengguna. Sebagai contoh, sekiranya pelanggan hanya menggunakan 2GB Internet pada bulan ini, bakinya 1GB akan dibawa ke bulan hadapan menjadikan jumlah kuota internet untuk bulan hadapan tersedia sebanyak 4GB. Juga untuk pelan ini, tiada lagi caj PPU dikenakan terhadap pengguna.

Terdapat dua jenis telefon pintar yang boleh dipilih bersama dengan pelan FIRST Basic 38 ini. Telefon Samsung Galaxy V boleh diperoleh pada harga RM 138 sekiranya pelanggan memilih kontrak selama 12 bulan, dan percuma sekiranya pelanggan memilih kontrak selama 24 bulan. Satu lagi model yang ditawarkan adalah Sony Xperia E4g yang ditawarkan pada harga RM 298 sekiranya pelanggan memilih kontrak selama 12 bulan, dan RM 158 sekiranya pelanggan memilih kontrak selama 24 bulan.

Sekiranya anda sedang mencari telefon pintar dan pada masa yang sama mencari pelan yang terbaik untuknya, pelan FIRST Basic 38 yang hadir dengan telefon pintar ini sememangnya memenuhi kehendak anda, lebih-lebih lagi dengan penawaran pas masuk ESCAPE serta kebolehan untuk membawa kuota internet yang tidak digunakan ke bulan hadapan.

Penafian: Advertorial dari Celcom

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd