Dunia semakin bahaya dan udara semakin tercemar. Setiap hari ada sahaja berita menakutkan kanak-kanak diculik ataupun tercedera ketika bermain. Ibu bapa zaman moden menjadi lebih paranoid berbanding ibu bapa zaman 80an. Anak tidak boleh lekang dari sisi dan akibatnya menjadi manusia introvert. Permainan video menjadi mainan harian melalui konsol ataupun peranti pintar. Ibu bapa dipersalahkan sekarang kerana terlalu memanjakan anak. Tetapi jika anda menjadi ibu bapa anak yang ketagih kepada permainan video ialah dosa yang lebih kecil berbanding anak yang meninggal dunia akibat kelalaian ataupun tidak terkawal keran pengaruh rakan sebaya.
Disney Playmation ialah usaha Disney untuk menggalakkan kanak-kanak pasca milenium untuk bergerak aktif ketika bermain dengan figura aksi. Ianya mainan pintar yang menggabungkan teknologi peranti boleh pakai dan peranti berhubung. Oktober ini permainan pertama Playmation yang bertemakan Avengers akan mula dijual. Melalui permainan ini kanak-kanak dapat menentang Iron Skull dengan menggunakan senjata Repulsor seperti Iron Man.
Jadi apakah perbezaan figura aksi pintar Playmation berbanding figura aksi yang wujud sekarang? Senjata Repulsor yang dipakai adalah sebuah mainan pintar yang akan memberi arahan kepada pemakai untuk melakukan pelbagai aksi. Ia mengesan kesemua pergerakan, aksi dan tembakan pemakai setiap kali arahan diberikan. Misi yang diberikan boleh dilalukan bersama teman-teman yang turut memiliki permainan Playmation mereka sendiri. Kedua-dua alat permainan boleh berhubung sesama sendiri bagi mewujudkan sesi permainan multiplayer di dunia sebenar. Apabila kesemua arahan berjaya dilakukan ia akan memberikan markah kepada pemakai.
Dengan menggunakan aplikasi AvengersNet untuk peranti pintar, markah yang dikumpul boleh digunakan untuk menebus misi interaktif baru dan kemampuan senjata yang lebih baik. Playmation cuba menggabungkan pergerakan aktif bermain di dunia sebenar dengan aplikasi permainan video peranti pintar.
Pihak Disney akan melancarkan Playmation bertemakan Star Wars dan juga Frozen di masa hadapan. Pada masa yang sama figura aksi dengan kemampuan berinteraksi mereka sendiri. Secara kesimpulan Disney Playmatiom adalah mirip Nintendo Amiibo dengan watak keluaran mereka sendiri. Set Avengers Playmation akan dijual Oktober ini pada harga $120. Aplikasi AvengersNet pula boleh dimuat turun oleh pengguna iOS dan Android.
Apa yang dilakukan oleh Playmation ialah melakukan gamification kepada proses bermain yang pernah kami lakukan semasa kecil dahulu. Plot cerita rekaan akan kami fikirkan sendiri sambil melawan figura aksi G.I Joe yang kami miliki. Siapa sangka permainan olok-olok mentang figura aksi yang kita lakukan semasa kecil kini menjadi mainan pintar kanak-kanak generasi baru.