Peranti terbaru dari Xiaomi iaitu Xiaomi Mi4i telahpun memasuki pasaran tempatan pada bulan lepas dan pada 12 Jun ini Lazada bakal menawarkan peranti tersebut dan dijual bersama aksesori dari Xiaomi yang menjadi rebutan ramai iaitu Mi Band ataupun Mi Power Bank.
Bagi anda yang tidak mengenali peranti flagship terbaru dari Xiaomi iaitu Mi4i, telefon pintar berspesifikasi pertengahan ini hadir dengan ciri-ciri premium. Xiaomi Mi4i membawakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi dengan kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel dengan lensa rakaman luas, serta bateri berkapasiti 3120mAh. Xiaomi juga turut melengkapkan peranti ini dengan sokongan dwi-SIM, dimana kedua-dua SIM boleh menggunakan rangkaian 4G.
Pada 12 Jun ini Xiaomi Mi4i akan dijual melalui pakej bersama dengan pilihan 1 iaitu Xiaomi Mi4i dan Mi Power Bank 10,400 mAh atau pilihan 2 iaitu Mi4i dan Mi Band. Kedua-dua pakej pilihan ini akan dijual pada harga RM 799 di Lazada dan hanya 500 unit tersedia untuk setiap pakej pilihan. Bagi anda yang berminat, boleh membuat pembelian, penjualannya hanya akan dibuka pada 12 Jun ini secara flash sales di halaman Lazada Malaysia.
Bersempena dengannya, pihak Lazada turut menawarkan sebuah peranti Xiaomi Mi4i untuk pembaca Amanz, dimana ia akan ditawarkan dalam bentuk cabutan bertuah yang dilakukan secara rawak. Cabutan bertuah untuk peranti ini akan diadakan bermula hari ini sehingga 12 Jun 1159 malam. Cara untuk memenanginya sangat mudah, dimana anda hanya perlu menyatakan pakej pilihan mana yang lebih disukai, sama ada Pilihan 1 (Mi4i + Mi Power Bank) atau Pilihan 2 (Mi4i + Mi Band). Seorang pemenang akan dipilih pada hujung minggu dan pemilihan akan dilakukan secara rawak.
Peraduan ini dibuka kepada semua pembaca yang mempunyai alamat di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen. Penerimaan komen akan ditamatkan pada pukul 1159 malam (12 Jun).
- Maklumat lanjut: Jualan kilat Lazada – Xiaomi Mi4i
Kemaskini 16 Jun 2015: Tahniah kepada pemenang: Suhaimi (komentar pada waktu 10 Jun 03:20 pagi). Beliau telahpun dihubungi melalui emel.