Opera merupakan salah satu pelayar web yang berasaskan enjin Chromium dan menawarkan kemaskini baru hampir setiap bulan. Terkini, hari ini Opera Software telah pun melancarkan Opera 30 untuk desktop, sekaligus membawakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.
Menjadi fokus utama pada pengenalan Opera 30 ini adalah sokongan Sidebar Extension – malah Opera menekankan yang mana mereka adalah yang pertama menawarkan sokongan tersebut pada pelayar web desktop.
Menggunakannya, pengguna boleh memaparkan bahagian tambahan pada tepi pelayar web, dimana menggunakannya pengguna boleh mengakses beberapa aplikasi yang menyokongnya. Buat masa ini, antara yang menyokong Sidebar Extension adalah termasuk fungsi Notes, kalkulator dan juga TweetDeck.
Pengguna boleh menguruskan bahagian tepi pelayar web mereka, dan seperti biasa boleh memuat-turun dan menambah pelbagai jenis pemalam yang menyokongnya.
Selain daripada itu, Opera juga menambah-baik sokongan sync antara tab pada pelayar web ini, disamping memudahkan lagi penggunaan tab pada desktop.
Bagi anda yang menggunakan Opera, boleh mengemaskini pelayar web desktop anda hari ini, ataupun memuat-turunnya secara percuma untuk pelbagai versi sistem operasi hari ini.
- Muat Turun
- Muat-Turun Opera untuk desktop