Cari @ Amanz

BlackBerry telah memperkenalkan BlackBerry Passport pada tahun lepas, dimana ia menerima reaksi berbeza – ada yang menyukainya dan ada yang tidak. Apa pun, BlackBerry Passport kini merupakan peranti flagship daripada BlackBerry, dan untuk tahun ini mereka dijangka untuk memperkenalkan peranti flagship baru.

Terkini, kemaskini untuk keluarga Passport, dinamakan sebagai BlackBerry Oslo tertiris, memperlihatkan rekaan yang bakal dibawakan oleh peranti. Daripada apa yang dilihat, ia membawakan rekaan tekstur seumpama BlackBerry Leap pada bahagian belakang – selain turut mengabungkan rekaan berkenaan dengan penggunaan logam.

BlackBerry Oslo

Rekaan papan kekunci untuk peranti BlackBerry Oslo ini menyerupai Passport, selain kedudukan kamera belakang yang lebih kurang sama.

Menurut desas-desus awal, peranti ini dijangka akan menggunakan pemprosesan Snapdragon 2.2Ghz, memori 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel serta bateri berkapasiti 3450mAh. Memandangkan Passport sebelum ini dioptimasikan untuk penggunaan lebih sehari, maka perkara sama mungkin turut dicapai oleh peranti ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah BlackBerry akan melancarkan Oslo secara rasminya, dan berapakah harga jualan akhirnya kelak.

BlackBerry Oslo

BlackBerry Oslo

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd