Cari @ Amanz

Instagram merupakan salah satu perkhidmatan yang popular dari penawaran aplikasi, dan telah memperluaskan penawaran kepada web sebelum ini. Kini, Instagram turut mengumumkan yang mana mereka akan mengemaskini paparan antaramuka untuk profil web pada minggu ini untuk semua pengguna.

Instagram Web

Melalui rekaan yang dikongsikan, Instagram dilihat membawakan rekaan web baru ini sangat kemas, dan menggunakan rekaan yang berlatarkan warna putih. Gambar juga disusun dengan paparan thumbnail lebih besar, selain nama pengguna yang dipaparkan dengan lebih terang pada bahagian atas.

Instagram mengatakan rekaan baru ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna secara berperingkat, dan semua boleh mengaksesnya pada penghujung minggu ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan rekaan baru web Instagram ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd