Tesla pada bulan lepas telah mengumumkan PowerWall, yang mana merupakan bateri untuk rumah, membolehkan pengguna menyimpan tenaga solar dan menggunakannya untuk kegunaan harian. Kini, pengeluar kenderaan terkemuka disebalik Mercedes-Benz turut ingin memasuki arena sama dan telah memulakan pendaftaran minat untuknya.
Pek bateri yang dibawakan oleh Mercedes-Benz pada awalnya direkabentuk untuk kenderaan elektrik, tetapi kini diperluaskan untuk penggunaan di rumah mahupun organisasi. Mercedes-Benz mengatakan bateri ini boleh menyimpan tenaga sehingga 2.5 kWh setiap satu, dan ia boleh digabungkan sehingga lapan pek untuk menawarkan kapasiti sehingga 20kWh. Seperti dimaklumkan sebelum ini, penggunaan purata elektrik harian di rumah Malaysia adalah sekitar 8.5kWh, dan apa yang disimpan ini adalah lebih daripada mencukupi.
Pek bateri ini berupaya menyimpan tenaga janaan solar untuk digunakan di rumah, dan perkara ini dilihat akan menjimatkan kos harian – apatah lagi dengan dunia yang kini beralih kepada penggunaan elektrik pada pelbagai peranti – termasuk kenderaan.
Daimler masih tidak mengumumkan harga jualannya lai buat masa ini, dan sekadar mengambil pra-daftar minat untuknya sahaja buat masa ini.