Cari @ Amanz

Minggu hadapan kita akan dapat menyaksikan pelbagai pengumuman berkaitan dunia permainan video hadir daripada E3 2015, dan lebih awal daripadanya, kini Microsoft telah pun memperkenalkan kemaskini untuk Xbox One – yang mana membawakan ruangan storan bersaiz sehingga 1TB.

Xbox One 1TB

Dengan ruangan yang lebih besar ini, ia sekaligus membolehkan para pengguna menyimpan lebih banyak permainan dan fail media di dalamnya dan tidak begitu terhad seperti sebelumnya. Disamping itu, pengguna juga turut boleh menambah ruangan storan luaran yang dihubungkan melalui USB 3.0.

Selain penambahan ruangan storan, Microsoft juga mengemaskini alat-kawalan Xbox One Wireless Controller yang mana kini hadir dengan sokongan headset-jack 3.5mm.

Xbox One Wireless Controller

Seperti biasa, konsol dan alat-kawalan permainan ini hanya diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat dan beberapa pasaran terpilih sahaja. Pasaran Malaysia masih tidak menerima lagi konsol Xbox secara rasmi sehingga hari ini. Pihak Microsoft masih mendiamkan diri mengenai penawaran konsol permainan mereka untuk pasaran tempatan sehingga kini walaupun telah bertahun-tahun sejak Xbox versi awal diperkenalkan – dan salah satu sebabnya adalah disebabkan penawaran kandungan untuk pasaran tempatan. Walaubagaimanapun, perkara ini tidak menghentikan daripada para penjual tempatan mengimport Xbox One ke pasaran tempatan dan menawarkannya secara tidak rasmi kepada peminat di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd