Kemampuan mengambil video pada resolusi 4K adalah fungsi yang wujud pada peranti kelas tertinggi di pasaran sekarang seperti Samsung Galaxy S6 dan HTC One M9. Sungguhpun begitu kedua-dua peranti ini tidak mempunyai skrin yang mampu memaparkan video yang diambil pada resolusi 4K (3840×2160 pixels) . Ini adalah keran kedua-duanya hanya dilengkapi skrin QHD (2560×1440 pixels)
Peranti terkini ZTE, Star 3 dilaporkan akan menjadi peranti pintar pertama yang dilengkapi skrin 5.5″ 4K dengan 806 pixel setiap inci. Skrin TFT beresolusi tinggi ini turut dilaporkan mempunyai teknologi terkini yang mengurangkan penggunaan tenaga sekaligus tidak akan menyebabkan jangka hayat bateri terjejas dengan teruk. Secara peribadi kami tidak dapat melihat perbezaan antara HD Penuh dan Quad HD apabila peranti digunakan pada jarak 12 inci, iaitu jarak normal menggunakan sesebuah peranti. Penggunaan skrin 4K mungkin jatuh kedalam kategori penggunaan inovasi terkini tetapi adalah kita benar-benar memerlukannya? Apakah pendapat anda. Adakah skrin 1080P sudah tidak cukup bagus untuk peranti kegunaan harian?