Cari @ Amanz

Adakah anda peminat siri permainan The Elder Scrolls? Siri permainan ini kini telah hadir untuk platform atas talian iaitu The Elder Scrolls Online: Tamriel Unlimited merupakan kesinambungan kepada siri The Elder Scrolls dan mengetengahkan dunia Tamriel dan membolehkan anda mengembara bersama rakan-rakan menggunakan PlayStation 4 bermula hari ini.

Seperti siri permainan The Elder Scrolls yang terdahulu, anda boleh memilih bangsaserta mereka watak permainan anda pada empat pengkelasan iaitu Dragonknight, Templar, Nightblade dan juga Sorcerer. Menariknya seluruh dunia Tamriel boleh dilawati seperti Daggerfall, Morrowind dan juga Skyrim dan dari segi susur galur masa, Tamriel Unlimited ini adalah dunia sebelum berlakunya peristiwa di The Elder Scrolls 3 : Morrowind. Oleh kerana permainan ini bersifat MMORPG, maka terdapat pelbagai misi yang boleh disempurnakan oleh anda dan rakan-rakan.

Permainan ini telah hadir ke PS Store pada harga RM 214 dan boleh dimuat-turun secara digital. Sebanyak 39.4GB ruang storan diperlukan dan langganan aktif PS Plus diperlukan untuk memainkan permainan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd