Cari @ Amanz

Iron-Man-XLIII-case-1

Rasanya deman Age of Ultron masih lagi belum reda. Beberapa minggu yang lalu ada kami paparkan berita Samsung Galaxy S6 Edge edisi khas Iron Man yang terhad kepada 1000 unit di seluruh dunia. Kemudian ini diikuti pula kit mengubah iPhone 6 untuk mempunyai rekaan yang sama. Hari ini mari lihat cangkerang rasmi Iron Man Mark XLIII untuk Apple iPhone 6.

Cangkerang rasmi Marvel dan Beast Kingdom ini mempunyai lampu arc reactor yang berfungsi pada bahagian belakang. Panel baju zirah Iron Man ini juga boleh dibuka bagi mendedahkan komponen elektronik pada bahagian dalam. Lensa iPhone 6 yang menggunakan cangkerang ini juga mempunyai pelindung bagi mempertahankannya dari hentakan. Harga cangkerang ekslusif untuk iPhone 6 ini ialah 1990 Dollar Taiwan Baru (RM 240) sebuah. Tiada perancangan untuk menghasilkannya untuk model peranti lain buat masa ini.

Harus diakui cangkerang baju zirah Iron Man ini nampak sangat bergaya dan premium. Sesuai digunakan pada peranti yang juga bergaya serta premium seperti iPhone 6.

Iron-Man-XLIII-case--2

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd