Cari @ Amanz

Selain lampu pintar Yeelight, Xiaomi turut memperlihatkan model terbaru router Mi WiFi mereka. Kali ini router ini turut mempunyai muatan dalaman sehingga 6 Terabyte. Router terkini ini mempunyai kepantasan pemindahan data tanpa wayar sehingga 115 Megabyte sesaat. Ia menyokong standard WiFi IEEE 802.11ac. Storan Mi WiFi boleh diakses menggunakan aplikasi khas untuk peranti iOS dan Android.  Kepada pengguna kamera Canon dan Sony, Mi WiFi turut membenarkan gambar dimuat naik secara tanpa wayar terus dari kamera ke dalam cakera kerasnya. Kepada yang memerlukan sambungan menggunakan kabel, terdapat empat port ethernet disediakan pada bahagian belakang Mi WiFi.

Xiaomi Mi WiFi 3

Pada masa yang sama Xiaomi turut memperlihatkan Mi WiFi Amplifier bagi mereka yang mahu mengembangkan kawasan liputan WiFi di dalam rumah mereka. WiFi Amplifier dijual pada harga 39 Yuan sebuah. Harga jualan untuk Mi WiFi pula ialah 699 Yuan (RM420)  untuk versi 1 Terbayte dan 2999 Yuan (RM 1805) untuk versi 6 Terbayte. Tiada maklumat bilakah ia akan mula dijual di Malaysia buat masa ini.

Xiaomi Mi WiFi 2

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd