Carian
Samsung Memperlihatkan Skrin OLED Lutsinar
June 10, 2015 Aman

Samsung sedia mempunyai kepakaran yang tinggi dalam industri pengeluaran skrin – bukan sahaja untuk telefon pintar, tetapi juga pelbagai saiz lain termasuk televisyen. Terkini, melalui suatu acara khas yang diadakan di Hong Kong, pihak Samsung memperlihatkan teknologi skrin OLED terbaru mereka yang mana membawakan paparan lutsinar dan boleh dilihat menembusinya.

Samsung OLED Lutsinar

Berbanding untuk kegunaan pengguna awam, Samsung menyasarkan skrin untuk untuk kegunaan syarikat dan industri. Dua jenis skrin dipertontonkan oleh Samsung menggunakan paparan lutsinar ini, dimana salah satunya diintegrasikan dengan teknologi Intel Real-Sense untuk memaparkan kembali wajah pengguna pada skrin, sementara satu lagi adalah sekadar skrin lutsinar biasa.

Skrin dengan teknologi Intel Real-Sense ini membolehkan syarikat menggunakannya untuk beberapa perkara, termasuk membolehkan pengguna mencuba pakaian dan melihat ia dalam bentuk maya. Sementara skrin lutsinar tanpa teknologi berkenaan boleh digunakan untuk paparan iklan dan sebagainya.

Samsung OLED Lutsinar

Samsung turut mengatakan skrin ini mungkin menggantikan penggunaan cermin di rumah pada masa hadapan, dimana ia akan dilengkapi dengan paparan informasi digital – lebih kurang seperti kita lihat pada beberapa filem futuristik sebelum ini.

Memandangkan ia baru sahaja diumumkan, maka mungkin kita akan melihat ia digunakan dengan meluas dalam beberapa tahun lagi.

Komen