Apple hari ini menerbitkan sebuah halaman khusus dinamakan sebagai Apple Maps Vehicle, sekaligus mengesahkan perancangan mereka untuk hadir dengan rakaman jalan raya yang boleh diakses melalui Apple Maps – sekaligus berfungsi lebih kurang sama seperti Google Maps.
Apple turut mengatakan mereka akan membuatkan gambar wajah pengguna dikaburkan, bersama-sama dengan gambar nombor plat, sebelum ia diterbitkan kepada umum.
Spekulasi mengenai perkara ini bukan sesuatu yang baru, malah telah diperkatakan sejak sebelum ini, malah sebuah kenderaan telah didapati digunakan untuk tujuan ini pada awal tahun 2015 ini.
Apple mengatakan mereka akan memulakan rakaman bermula 15 Jun ini, dimana tiga negara terawal yang akan dirakamkan adalah Ireland, England, dan juga Amerika Syarikat.