Video Pada Resolusi 8K Mula Diterbitkan Di YouTube

Video Pada Resolusi 8K Mula Diterbitkan Di YouTube

Diterbitkan pada June 10, 2015 oleh .

Sejak awal tahun ini, pelbagai peranti telah mula menyokong rakaman dan paparan video pada resolusi 4K, malah pelbagai kandungan yang diterbitkan di YouTube turut menyokong resolusi tersebut. Walaupun ia masih pada peringkat awal, teknologi tidak mengehadkan perkara berkenaan, dan kini dilihat video dengan kadar resolusi 8K turut telah diterbitkan pada laman perkongsian video terkemuka tersebut.

YouTube 8K

Menurut Google, mereka telah sedia menyokong muat-naik video beresolusi 8K pada YouTube sejak daripada tahun 2010 yang lepas, tetapi baru tahun ini mereka mula melabelkan dan mengkategorikan ia. Malah video pada resolusi berkenaan sendiri baru sahaja dimuat-naik ke YouTube.

Melalui video yang hadir ke YouTube minggu ini, ia dinamakan sebagai “Ghost Town”, dan dirakamkan menggunakan kamera RED Epic Dragon 6K. Hasil rakaman kemudiannya dicantumkan menggunakan Adobe After Effects untuk mencapai resolusi berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh menonton video berkenaan pada resolusi 8K. Tetapi seperti biasa, mungkin ia akan berhenti setakat buffering atau loading sahaja bagi kebanyakkan pengguna memandangkan anda memerlukan sokongan internet yang pantas, dan juga sokongan dari segi hardware


TIPS & ULASAN