Opera merupakan salah satu pembangun pelayar web yang mempunyai kepakaran dalam membangunkan pelayar web untuk peranti mudah-alih. Mereka telah memperkenalkan Opera Mini Beta untuk Windows Phone beberapa bulan yang lepas, dan hari ini mereka melancarkan ia dalam fasa stabil secara rasminya.
Opera Mini untuk Windows Phone membawakan rekaan selari pelayar web Opera, tetapi dioptimasikan untuk paparan Windows Phone. Pelbagai fungsi popular turut diintegrasikan pada Opera Mini untuk Windows Phone, termasuk antaranya adalah sokongan penjimatan data, menyimpan halaman untuk dibaca secara offline, serta fungsi Speed Dial yang popular. Opera Mini untuk Windows Phone juga turut membawakan kemudahan pengguna untuk memuat-turun pelbagai jenis fail dan dokumen dan mengawalnya melalui Download Manager.
Bagi anda yang menggunakan Windows Phone, anda boleh memuat-turun Opera Mini hari ini, dan menggunakannya dalam melayari web dan pada masa yang sama menjimatkan penggunaan data peranti anda.