Opera telah memperkenalkan sokongan sync beberapa perkara dari pelayar web desktop ke pelayar web Android sebelum ini, dan kini melalui Opera 30, fungsi tersebut ditambah, dan kini pengguna Opera pada Android turut boleh sync akan Speed Dial yang disimpan pada pelayar web Opera ke Opera di Android.
Speed Dial merupakan halaman utama Opera yang biasa anda lihat apabila mengaksesnya – dan sering kali pengguna menyimpan pautan yang sering dibuka pada halaman utama ini. Untuk sync akan Speed Dial, seperti biasa, pengguna perlu log masuk ke akaun Opera mereka pada pelayar web, dan memilih untuk import data dari pelayar web Opera lain.
Selain daripada itu, Opera 30 juga turut menawarkan kestabilan penggunaan yang lebih baik, selain memudahkan lagi pengguna membuat pilihan teks pada pelayar web mudah-alih berkenaan.
- Muat Turun
- Muat-Turun Opera 30 untuk Android