Windows 10 Mobile Dijangka Dilancarkan Pada Penghujung September

Windows 10 Mobile Dijangka Dilancarkan Pada Penghujung September

Diterbitkan pada June 11, 2015 oleh .

Microsoft pada minggu lepas telah mengumumkan Windows 10 bakal dilancarkan secara rasminya kepada semua pengguna pada 29 Julai kelak. Walaupun Windows 10 membawakan konsep sistem operasi yang selari untuk pelbagai saiz skrin, tetapi penawaran kemaskini untuk semua peranti adalah tidak dilakukan selari – ini sekaligus membuatkan pengguna komputer akan menerima Windows 10 terlebih dahulu sebelum yang lain.

Windows 10 Phone

Buat masa ini, pihak Microsoft masih tidak mengumumkan bilakah pengguna telefon pintar akan menerimanya. Mengikut desas-desus awal yang hadir pada hari ini, Microsoft dikatakan akan memperkenalkan Windows 10 Mobile untuk pengguna peranti Windows Phone pada penghujung September kelak.

Penawaran versi akhir Windows 10 Mobile ini dikatakan berkemungkinan ditujukan kepada pengeluar peranti pada tarikh berkenaan – bermakna ia akan mengambil beberapa bulan lagi sebelum pengguna peranti sedia ada menerimanya, memandangkan pelbagai ujian seperti ujian telekomunikasi dan keserasian peranti perlu dilakukan – sebelum diperkenalkan kepada pengguna.

Penawaran Windows 10 Mobile untuk setiap peranti juga adalah berbeza, mengikut kepada kemampuan peranti berkenaan. Peranti berspesifikasi rendah mungkin kehilangan kebanyakkan fungsi baru yang ditawarkan, sementara peranti berspesifikasi tinggi sedia ada mungkin menikmati hampir ke semua fungsi daripada Microsoft.


TIPS & ULASAN