Razer Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih Pengeluar Konsol Berasaskan Android – Ouya

Razer Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih Pengeluar Konsol Berasaskan Android – Ouya

Diterbitkan pada June 11, 2015 oleh .

Ouya merupakan salah satu konsol permainan yang berasaskan kepada Android. Ia telah dimulakan sebagai projek Kickstarter, dan menerima permintaan yang tinggi ketika pengenalannya. Kini, sejumlah permainan ditawarkan untuk Ouya, membolehkan pengguna mendapatkan konsol tersebut dan menggunakannya sebagai pelbagai konsol permainan yang lain.

OUYA

Selain menerima sokongan pengguna, Ouya juga agak rapat dengan pembangun, menyediakan pelbagai sokongan dan bantuan kepada pembangun supaya membangunkan dan mengoptimasikan permainan mereka untuk konsol Ouya.

Pada awal tahun ini, Alibaba – syarikat Internet gergasi dari China telah membuat pelaburan pada Ouya, sekaligus membawa kepada kebolehan penawaran konsol permainan berkenaan di China.

Terkini, desas-desus awal hadir mengatakan Razer – pengeluar yang sedia sinonim dengan dunia permainan video, dalam perbincangan untuk pengambil-alihan Ouya.

Ia tidak diketahui lagi apakah harga penawaran pihak Razer untuk Ouya dan adakah perbincangan ini akan berakhir dengan pengambil-alihan ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN