Facebook ketika acara f8 yang lepas (acara pembangun Facebook), mereka telah mengumumkan fungsi untuk sesiapa sahaja membangunkan aplikasi untuk platform Facebook Messenger – sekaligus membolehkan pelbagai aplikasi dibangunkan untuk digunakan bersama-sama Facebook Messenger.
Sebelum ini, kita telah dapat melihat pelbagai aplikasi mula diterbitkan, termasuk beberapa sticker, dan sebagainya. Kini, sebuah permainan ringkas berbentuk pictionary turut hadir ke platform berkenaan, dinamakan sebagai Doodle Draw.
Doodle Draw ini membawakan permainan seperti permainan popular Draw Something sebelum ini, membolehkan anda bersaing dengan rakan-rakan dengan melakar pada skrin dan menghantarnya.
Permainan ini menjadi yang terawal hadir ke FacebooK Messenger, dan mungkin kita akan dapat melihat pelbagai permainan lain turut hadir ke platform sama tidak lama lagi.
Sokongan permainan pada aplikasi permesejan bukan sesuatu yang baru. Aplikasi seperti LINE, WeChat dan sebagainya telah pun sedia menyokong permainan pada platform permesejan mereka, dan kini Facebook Messenger yang digunakan sejumlah besar pengguna turut menyokongnya.
Buat masa ini, permainan pada Facebook Messenger masih tidak memberikan persaingan kepada LINE dan WeChat – tetapi tidak mustahil untuk kita melihat ia mula menerima persaingan dalam masa beberapa bulan lagi.
- Muat Turun
- Muat-Turun Doodle Draw untuk Facebook Messenger