Microsoft Portable Dual diperlihatkan semalam dan ia menandakan kemasukan Microsoft ke dalam dunia penghasilan power bank. Terdapat tiga pilihan kapasiti iaitu 5200 mAh, 9000 mAh dan 12000 mAh. Portable Dual mempunyai dua port USB yang mengecas pada arus 2 Ampere. Ia direka bagi mengecas peranti Lumia dan juga Surface 3 dengan mudah. Tidak seperti Mi Power Bank, Portable Dual hanya hadir dengan warna hitam. Ia akan mula dijual bermula bulan hadapan pada pasaran tertentu dengan harga $35, $45 dan $55 sebuah.
Masih tiada maklumat bilakah ia akan memasuki pasaran Malaysia. Tetapi dari harga jualan yang ditetapkan rasanya ia tidak mampu bersaing dengan harga mampu milik Mi Power Bank. Dari segi kapasiti juga Xiaomi menawarkan kapasiti sehingga 16000 mAh pada harga hanya RM 79 sebuah. Tetapi sekiranya anda mahukan power bank berjenama Microsoft untuk peranti Microsoft anda kini anda akan mempunyai pilihan menjadikannya realiti.