Cari @ Amanz

Baru sahaja U Mobile mengumumkan kerjasama dengan TM untuk perkhidmatan Backhaul generasi baru pada bulan lepas yang membolehkan perkhidmatan mereka menerobos pasaran luar bandar, pada hari ini mereka mengumumkan inisiatif Mobile Roving Trucks bagi memudahkan pengguna mendapatkan perkhidmatan telekomunikasi mereka tanpa perlu ke cawangan mereka bandar.

Menerusi inisiatif ini, sebanyak 100 trak dari U Mobile akan bergerak di sekitar kawasan pekan dan kawasan penempatan di luar bandar-bandar utama. Mereka juga akan menerima pendaftaran dan pembelian tambah-nilai disamping turut membolehkan pengguna membeli peranti terkini dari U Mobile terus dari trak tersebut. Kadang-kala kawasan di luar bandar kerap tidak menerima penawaran peranti terkini berikutan stok peranti yang lebih mengutamakan kawasan bandar. Inisiatif sebegini mahu mengatasi hal tersebut disamping tidak menyukarkan pengguna untuk pergi ke cawangan utama di bandar, sekaligus menjimatkan masa.

Untuk permulaan, trak ini akan beroperasi di Semenanjung Malaysia sekitar kawasan-kawasan berikut:

  • Tengah: Shah Alam, Petaling Jaya, Ampang, Kajang, Semenyih, Dengkil, Cyberjaya, Cheras, and Klang.
  • Selatan: Johor Bahru, Batu Pahat, Nilai, Seremban, Malacca, Port Dickson, and Muar.
  • Utara: Ipoh, Penang, Alor Setar, Manjung, Sg Petani, Seberang Jaya, and Kulim.
  • Pantai Timur: Kuantan, Kemaman, Kota Bahru, Gua Musang, Raub, Temerloh, Mentakab, and Jerantut.

Pada hari ini, 30 trak telah mula beroperasi dan selebihnya akan beroperasi mengikut fasa tertentu menjelang akhir tahun ini. Dengan pelancaran inisiatif ini membolehkan perkhidmatan layanan U Mobile dikecapi di kawasan luar bandar dan juga memudahkan pelanggan mereka kerana tidak perlu bersusah-payah hadir ke cawangan utama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd