Cari @ Amanz

Dua tahun lalu kad grafik siri R9 290 dari AMD telah mula dijual di Malaysia. Kad grafik ini menjadi salah satu kad yang diinginkan para peminat PC berikutan kerana prestasinya dan juga kerana harganya yang lebih mampu dimiliki berbanding pesaingnya. Kami baru sahaja selesai menguji kad grafik AMD Sapphire R9 290 Tri-X yang telah dioptimasikan dengan lebih laju berbanding siri R9 290 yang asal.

AMD Sapphire R9 290 Tri-X -IMG_0707

Rekabentuk & Spesifikasi

Kad grafik AMD Sapphire R9 290 Tri-X ini mempunyai 4GB RAM DDR5 dan merupakan edisi yang telah dioptimasikan menjadi lebih laju (overclocked edition). Dari segi rekabentuk, ia hadir dengan saiz yang agak besar bagi memuatkan tiga kipas dengan sirip penyejukan yang berupaya menyejukkan cip grafik AMD ini. Ia memerlukan satu slot PCI dan dengan dua slot lubang pada panel belakang komputer bagi memasangnya. Tiga kipas yang dimuatkan pada kad grafik ini juga hadir pada saiz tipis kerana ketebalan kad grafik ini majoritinya dipenuhi sirip penyejuk.

Anda disarankan untuk mempunyai cesi (chasis) PC yang besar kerana saiz kad ini lebih panjang dari kebiasaan motherboard, dan jika anda mempunyai cesi yang kecil, sudah tentu kad ini tidak dapat dimuatkan dengan elok. Kami sendiri menghadapi masalah dengan cesi kami yang kecil dimana ia tidak dapat dimuatkan kerana terdapat cesi penyimpanan pemacu cakera keras.

Pada bahagian tepi kad ini yang menghadap keluar dari papan motherboard, terdapat butang ‘Dual BIOS’ pada logo pengilang kad ini iaitu Sapphire membolehkan pengguna menekan butang tersebut, dan mengaktifkan mod UEFI pada kad grafik ini, sekaligus mempercepat penghidupan PC berbanding mod asal (‘Legacy’). Pada bahagian sama ini juga terdapat dua soket 8-pin yang bertujuan untuk penyaluran kuasa dari Power Supply Unit dan soket ini wajib dipasang bagi membolehkan kad ini berfungsi.

Perbandingan Spesifikasi
Sapphire Radeon R9 290 Tri-X AMD Radeon R9 290
Core Clock 699MHz 662MHz
Boost Clock 1000MHz 947MHz
Memory Clock 5.2GHz GDDR5 5GHz GDDR5
Saiz 12-inci 10.95-inci

Turut serta bersama kad grafik ini adalah kabel HDMI dan kad ini menyokong dua soket Dual-DVI, satu HDMI yang menyokong paparan 3D, dan juga satu DisplayPort 1.2. Selain dari itu, palam HDMI-nya menyokong audio 7.1 channel, dan antara fungsi lain yang disokong kad grafik ini termasuklah AMD Eyefinity 2.0, AMD CrossFireX, DirectX 12, OpenGL 4.3, Mantle, Dolby TrueHD serta menyokong resolusi 4K.

Dari segi spesifikasi, kad ini yang mempunyai 4GB RAM DDR5 dan telah dioptimasikan (overclock) oleh Sapphire. Pada kad grafik siri R9 290 dari AMD asalnya hadir dengan kelajuan Core Clock pada 662 MHz dan Boost Clock pada 947MHz, namun untuk versi ini Sapphire telah menambah kelajuan Core Clock kepada 699MHz dan Boost Clock kepada 1000 MHz. Kelajuan Memory Clock juga ditambah, iaitu dari 5GHz GDDR5 kepada 5.2GHz GDDR5.

Prestasi

Seperti yang dinyatakan selain dari masalah cesi kami yang kecil, sistem PC kami juga merupakan sistem berspesifikasi pertengahan menggunakan cip pemprosesan AMD APU A10 5800K dengan Kingston HyperX Beast 2x4GB. Jika menggunakan kad grafik ini pada sistem kami ia maka pengujian yang kami lakukan adalah tidak tepat dan tidak mencungkil potensi sebenar kad ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Asia PC Extreme Syndicate atau lebih popular disebut APES kerana mengizinkan kami mencuba kad ini pada sistem PC mereka.

AMD Sapphire R9 290 Tri-X -IMG_0734

Sistem yang digunakan untuk pengujian ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i7-5960X 3.0GHz lapan-teras, 4 x 4GB RAM Gskill 1066 MHz, motherboard ASUS Rampage V Extreme dan juga 256GB Liteonit SSD serta beroperasi menggunakan Windows 8.1 64-bit.

Dari pengujian menerusi aplikasi 3Dmark, kad grafik ini memperoleh markah yang tertinggi didalam beberapa pengujian iaitu (klik pautan dibawah untuk lebih maklumat di laman 3Dmark):

Malah sewaktu Physics Test pada Fire Strike Extreme 1.1, kadar frame per second nya masih 60 fps, memungkinkan permainan kualiti tinggi dimainkan pada kadar yang sempurna. Sewaktu ujian Cloud Gate 1.1 dijalankan, kadar frame rate per second untuk ujian grafik naik sehingga 317 dan tiada sebarang lengah masa ditunjukkan.

amd-benchmark

Kesimpulan

Kad yang berprestasi tinggi ini juga sewaktu pengujiannya tidak memberikan bunyi yang bising apabila tiga bilah kipasnya berputar laju. Berbanding kad grafik AMD dari pengilang yang lain, kad dari Sapphire ini tidak menjana bunyi bising yang tinggi. Dari segi harga dan pada kelasnya, kad grafik yang dijual sekitar RM 1,500+ ini dilihat memberikan prestasi yang baik dan juga berbaloi kerana beberapa pesaingnya mempunyai prestasi yang hampir sama namun dengan penawaran yang lebih tinggi.

Pro

  • Kad yang berprestasi tinggi pada harga lebih mampu milik berbanding pesaing.
  • Senyap

Kontra

  • Tidak disertakan bersama kabel penyesuai Molex 4pin – pengguna perlu memastikan PSU (Power Supply Unit) mempunyai dua kabel kuasa 8 pin.

Skor Amanz 2015 - R9 290

  • Info
  • Khas untuk anda, kami akan berikan set ulasan dari AMD Malaysia ini kepada salah seorang daripada anda yang bertuah. Cuma tinggalkan komen mengatakan mengapa anda inginkannya, dan berdasarkan pada pilihan nombor rawak disertakan komen paling menarik akan memenanginya.

    • P/SSet ulasan adalah set yang telah dibuka oleh kami untuk tujuan ulasan dan telah digunakan buat sementara waktu.
    • Komen dalam bahasa Malaysia sahaja yang akan dipilih sebagai pemenang. Komen sebelum 14 Jun 2015, pada pukul 2359 sahaja akan dikira.
    • Komen dalam bentuk video tidak dibenarkan.
    • Hanya akan dihantar ke alamat di dalam Malaysia sahaja.
    • Alamat emel yang digunakan ketika menghantar komen akan digunakan untuk tujuan menghubungi pemenang yang terpilih.

Kemaskini: Tahniah kepada pemenang Imran Hakim

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd