Xperia C4 Dual Dilancarkan Di Malaysia – Telefon Pintar Memfokuskan Selfie Dengan Sokongan Dwi-SIM

Xperia C4 Dual Dilancarkan Di Malaysia – Telefon Pintar Memfokuskan Selfie Dengan Sokongan Dwi-SIM

Diterbitkan pada June 11, 2015 oleh .

Sony Malaysia hari ini telah melancarkan beberapa peranti baru untuk pasaran Malaysia, dan salah satu daripadanya adalah Xperia C4 Dual. Xperia C4 Dual merupakan variasi Xperia C4 yang mana hadirnya dengan sokongan dwi-SIM.

Xperia C4 Dual

Seperti semua sedia maklum sebelum ini, Xperia C4 Dual memfokuskan kepada sokongan kamera hadapan, dimana kamera selfienya hadir dengan LED Flash di hadapan. Ia dilengkapi dengan sensor 5-megapixel pada bahagian hadapan dengan lensa rakaman luas. Disamping itu, beberapa fungsi khusus untuknya turut dilengkapi – termasuk fungsi rakaman Superior Auto untuk kamera hadapan.

Xperia C4 Dual

Xperia C4 Dual

Xperia C4 Dual

Xperia C4 Dual ii turut hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip lapan teras 1.7GHz, memori 2GB RAM, serta ruangan storan 16GB. Pengguna turut boleh memperluaskan storan dengan menambah mikro-SD.

Sony mengatakan bateri berkapasiti 2600mAh pada peranti ini boleh bertahan hampir dua hari lebih kurang seperti Xperia Z3 sebelum ini. Untuk sokongan rangkaian, hanya satu SIM menyokong rangkaian LTE, sementara satu lagi hanya menyokong 3G/2G sahaja.

Sony masih tidak mengumumkan harga jualan untuk pasaran Malaysia, dan mengatakan ia akan hadir pada bulan hadapan.

Xperia C4 Dual

Xperia C4 Dual

Xperia C4 Dual

Xperia C4 Dual

Xperia C4 Dual

Xperia C4 Dual


TIPS & ULASAN