Cari @ Amanz

Selain memperkenalkan telefon pintar selfie, pihak Sony Malaysia juga mengumumkan tablet terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Xperia Z4 Tablet. Tablet ini akan dijual di Malaysia bermula 22 Jun kelak, dan versi LTE akan dijual pada harga RM2699.

Xperia Z4 Tablet

Xperia Z4 Table membawakan rekaan yang nipis dan ringan, selain turut mengekalkan rekaan kalis air dan debu. Ia sesuai untuk mereka yang menikmati kandungan multimedia, selain pada masa yang sama turut menggunakannya untuk membuat tugasan kerja.

Xperia Z4 Tablet ini turut membawakan sebuah mod khusus untuk membuat kerja, dimana apabila ia dihubungkan ke papan kekunci berasaskan NFC, mod tablet berkenaan berubah menjadi seumpama komputer riba – dimana pengguna boleh melihat cursor dan ia memaparkan taskbar seumpama Windows.

Selain daripada itu, pelbagai ciri-ciri rekaan Sony turut diintegrasikan pada tablet bersaiz 10.1-inci ini.

Sony menggunakan cip Snapdragon 810 lapan-teras pada tablet ini, dilengkapi memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Pengguna turut boleh memperluaskan storan dengan menggunakan mikroSD sehingga 128GB.

Tablet dengan sokongan rangkaian LTE turut dilengkapi bateri berkapasiti 6000mAh, kamera hadapan 5.1-megapixel, serta kamera hadapan 8.1-megapixel.

Tablet ini akan dijual pada harga RM2699 di Malaysia untuk versi LTE, sementara pakej dengan papan kekunci ditawarkan pada harga RM3199. Sony tidak mengumumkan versi WiFi buat masa ini memandangkan mereka mempunyai masalah pengeluaran stok untuk pasaran global.

Xperia Z4 Tablet

Xperia Z4 Tablet

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd