Cari @ Amanz

Selain pengenalan tablet dan juga telefon pintar memfokuskan selfie, pihak Sony juga turut hadir dengan satu lagi telefon pintar untuk pasaran tempatan dengan fokus terhadap keupayaan kalis air. Telefon pintar yang dinamakan Xperia M4 Aqua Dual ini berharga RM969 dan akan mula dijual bermula minggu hadapan.

Xperia M4 Aqua Dual

Xperia M4 Aqua Dual

Xperia M4 Aqua Dual

Xperia M4 Aqua Dual ini hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 615, memori 2GB RAM, ruangan storan 8GB yang boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD, dan bateri berkapasiti 2400mAh.

Sony turut menyertakan kamera 13-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Sony turut menyertakan fungsi rakaman Superior Auto untuk rakaman gambar yang lebih baik menggunakannya.

Sony Xperia M4 Aqua

Sony Xperia M4 Aqua

Untuk Xperia M4 Aqua Dual, di Malaysia pengguna boleh menggunakan dwi-SIM, dimana satunya menyokong 3G dan satu lagi adalah LTE.

Xperia M4 Aqua Dual akan ditawarkan pada harga RM969 dalam pilihan tiga warna iaitu hitam, putih dan juga Coral.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd