Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Mengumumkan Enam Platform Crowdfunding Berdaftar

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Mengumumkan Enam Platform Crowdfunding Berdaftar

Diterbitkan pada June 11, 2015 oleh .

Crowdfunding merupakan salah satu perkara yang semakin hangat menjadi perbualan ramai, dan antara platform popular di dunia adalah KickStarter dan juga Indiegogo. Melaluinya, sesiapa sahaja boleh menerbitkan idea dan mengumpulkan dana daripada orang awam seluruh dunia.

Di Malaysia, sebelum ini terdapat PitchIn, tetapi ia tidak mendapat perhatian ramai pengguna memandangkan beberapa perkara – termasuk bagi kami kerana rekaan laman webnya yang kurang meyakinkan, selain kaedah sumbangan dana yang perlu melalui PayPal yang tidak begitu mesra untuk pengguna tempatan.

Suruhanjaya Sekuriti

Walaubagaimanapun, secara keseluruhan boleh dikatakan dunia crowdfunding untuk pasaran Malaysia masih pada peringkat awal, dan ia dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Bercakap mengenainya, hari ini mereka mengumumkan enam syarikat dan platform yang berdaftar untuk equity-crowdfunding di Malaysia.

Enam platform tersebut adalah Alix Global, Ata Plus, Crowdonomic, Eureeca, pitchIN dan juga Propellar Crowd+. Kebanyakkan daripadanya dijangka memulakan operasi di Malaysia pada penghujung tahun 2015 ini.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengatakan mereka menerima lebih kurang 27 permohonan untuk menjalankan equity crowdfunding di Malaysia, tetapi hanya 6 diberikan kebenaran buat masa ini.


TIPS & ULASAN