Carian
Microsoft Menamatkan Skype Versi Modern (Metro) – Memfokuskan Kepada Versi Desktop
June 11, 2015 Aman

Microsoft dengan adanya Windows 8, telah memperkenalkan beberapa aplikasi mereka yang dioptimasikan untuk paparan skrin penuh, atau turut dikenali sebagai MetroUI / ModernUI. Walaupun ia membawakan antaramuka yang mesra skrin sentuh dan sebagainya, penggunaan aplikasi versi tersebut tidak begitu menerima permintaan tinggi berbanding versi desktop biasa.

Skype Translator Mandarin

Kini, Microsoft mengumumkan mereka akan menamatkan Skype versi ModernUI tersebut, dan menurut mereka, bermula 7 Julai kelak, semua pengguna PC yang menggunakan versi ModernUI berkenaan akan dikemaskini kepada versi desktop biasa.

Microsoft mengatakan perubahan ini melibatkan pengguna versi Windows 8 biasa, sementara pengguna Windows RT akan dapat menggunakannya seperti biasa. Berkemungkinan kita tidak akan melihat sebarang kemaskini untuknya, dan tidak mustahil untuk Microsoft mengalihkan mereka semua kepada penggunaan versi web pada masa akan datang.

Pada masa yang sama, Microsoft turut akan berkongsi lanjut mengenai versi yang diintegrasikan ke Windows 10 tidak lama lagi.

Komen