Cari @ Amanz

Steam merupakan salah satu platform yang menawarkan pengguna untuk membeli pelbagai permainan video untuk komputer, disamping diintegrasikan dengan pelbagai ciri-ciri komuniti. Hari ini, pihak Steam telah memulakan SteamSale yang menawarkan pelbagai permainan pada harga diskaun.

Steam Sale

Seperti biasa, melalui Steam Sale ini, pengguna boleh mendapatkan pelbagai permainan pada harga diskaun – malah pihak Steam turut mengkategorikan permainan mengikut tawaran harga pada harga bawah RM30 dan juga pada harga bawah RM15.

Jualan murah seperti ini biasanya akan membuatkan ramai membuat pembelian, tetapi tidak memainkannya dan hanya menyimpan ia dalam koleksi sahaja. Jadi, bagi anda yang ingin membuat sebarang pembelian, mungkin boleh membuat perancangan terlebih dahulu dan membelinya jika anda benar-benar ingin memainkannya sahaja, serta tidak melakukan pembaziran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd