Android merupakan salah satu platform operasi sumber terbuka yang ditawarkan oleh Google, dan majoriti peranti di pasaran hari ini dijana menggunakannya. Perkara ini mungkin membuatkan pengguna sukar untuk membuat pilihan peranti yang bersesuaian dengan mereka, dan kini Google ingin memudahkan proses berkenaan dengan menyediakan sebuah laman khusus untuknya.
Melalui laman ini, pengguna hanya perlu memilih apakah kriteria peranti yang dikehendaki oleh mereka, dan Google akan mencadangkan peranti yang bersesuaian untuk pengguna tersebut. Seperti biasa, pengguna boleh memilih apa yang mereka inginkan dari segi kamera, penggunaan aplikasi dan sebagainya.
Perkhidmatan melalui web ini akan menyediakan tiga pilihan yang bersesuaian – yang mana turut boleh diubah mengikut harga yang diinginkan oleh mereka.
Bagi anda yang sering menghadapi masalah dalam membuat pemilihan peranti, atau sering ditanya oleh rakan-rakan berkenaan peranti yang sesuai dengan mereka, mungkin anda boleh kongsikan laman ini, sekaligus memudahkan lagi proses berkenaan.
- Info
- Layari : Android – Which Phone