(Dikemaskini) Pengguna Streamyx dan Unifi Menghadapi Masalah Untuk Mengakses Internet

(Dikemaskini) Pengguna Streamyx dan Unifi Menghadapi Masalah Untuk Mengakses Internet

Diterbitkan pada June 12, 2015 oleh .

Sejumlah besar pengguna Streamyx dan Unifi seluruh negara kini dilihat menghadapi masalah untuk mengakses internet – sama ada melayari laman tempatan ataupun laman antarabangsa.

Buat masa ini, pihak Telekom Malaysia masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan perkara ini. Tetapi, mengikut beberapa sumber dalaman, ia dikatakan berpunca daripada masalah DNS. Jurutera pihak Telekom Malaysia dipercayai sedang melihat kepada masalah teknikal ini dan mungkin akan menawarkan kemaskini status berkaitan dengannya dalam masa terdekat.

Kemaskini 8.50 malam : Pihak Telekom Malaysia masih tidak mengeluarkan sebarang notifikasi berkaitan insiden hari ini, tetapi beberapa pihak di peringkat antarabangsa telah mengeluarkan laporan dan komen berkaitan perkara ini. Insiden ini dikatakan sebagai route leak dan disebabkan olehnya ia memberikan kesan kepada pelayaran internet global.

Sejumlah besar pengguna Malaysia kini telah mula menerima akses internet seperti biasa.

Kemaskini 9:20 malam : Telekom Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan terdapat masalah teknikal dikenal-pasti sekitar pukul 4.30 petang tadi, dan sambungan telah dipulihkan semula bermula 6.30 petang.


TIPS & ULASAN