Asus Pernah Berbincang Secara Dalaman Untuk Idea Mengambil-Alih HTC

Asus Pernah Berbincang Secara Dalaman Untuk Idea Mengambil-Alih HTC

Diterbitkan pada June 12, 2015 oleh .

HTC boleh dikatakan menghadapi sedikit masalah dari segi jualan peranti HTC One M9 pada tahun ini, membuatkan CEO syarikat berkenaan meminta maaf kepada para pelabur, selain menjanjikan produk baru kepada para pengguna pada bulan Oktober ini. Kedudukan kewangan yang kurang kukuh ini sekaligus membuatkan beberapa spekulasi berkaitan pengambil-alihan hadir.

Bercakap mengenainya, pihak Asus dikatakan pernah membincangkan hal mengenai mengambil-alih HTC secara dalaman – tetapi dikatakan peratusan pengambil-alihan adalah rendah memandangkan Asustek lebih mempercayai perkembangan syarikat secara organik.

Asus merupakan salah satu syarikat pengeluar komputer terbesar dunia, dan mereka juga telah mula mencuri perhatian ramai pengguna melalui penawaran telefon pintar Zenfone mereka. Mungkin pihak Asus melihat kepakaran rekabentuk yang dimiliki HTC dan ingin mendapatkannya.

Seperti dikatakan Asustek, peratusan pengambil-alihan adalah rendah, dan berkemungkinan besar ia tidak akan berlaku.


TIPS & ULASAN