Cari @ Amanz

Idea untuk hadir dengan jam tangan pintar merupakan salah satu perkara yang difikirkan oleh pelbagai pengeluar peranti mudah-alih, dan seperti biasa, tidak ketinggalan adalah Nokia. Kita sedia melihat beberapa peranti konsep dan pendaftaran paten sebelum ini daripada Nokia untuk jam tangan pintar, dan kini salah satu peranti yang turut pernah dibangunkan oleh mereka hadir ke arena internet.

Nokia Moonraker

Nokia Moonraker

Dikenali sebagai “Moonraker”, jam tangan berkenaan dilihat membawakan pelbagai ciri-ciri rekaan astetik yang dibawakan Windows Phone dan mengintegrasikan ia pada skrin jam tangan pintar. Nokia dikatakan telah memperlihatkan ia kepada beberapa rakan kerjasama ketika Mobile World Congress 2014 yang lepas, dan pada awalnya merancang untuk memperkenalkan ia bersama-sama Lumia 930.

Apa pun, perancangan tersebut dibatalkan dan produk tersebut tidak dipasarkan selepas pengambil-alihan bahagian peranti Nokia oleh Microsoft.

Nokia Moonraker

Nokia Moonraker

Kini, dengan peranti tersebut yang telah dibatalkan pembangunannya, ia tidak akan hadir secara rasmi ke pasaran lagi. Pihak Microsoft masih tidak memperkenalkan sebarang jam tangan pintar sehingga kini, dan lebih memfokuskan kepada Microsoft Band sahaja yang boleh digunakan oleh pelbagai platform peranti.

Jika Nokia Moonraker ini dipasarkan, adakah anda akan mendapatkannya?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd