Google sebelum ini pernah menggunakan beberapa kaedah dalam merakamkan Street View di Malaysia, termasuk menggunakan kayak untuk rakaman persisiran pantai. Terkini, untuk rakaman sekitar Pulau Tioman pula, Google menggunakan ATV (all-terrain vehicle).
Seperti biasa, kamera Google Street View dipasang pada ATV berkenaan, dan ia dipandu untuk mengelilingi Pulau Tioman dalam merakamkan pelbagai lokasi sekitarnya untuk disertakan pada Google Street View.
Untuk rakaman di Pulau Tioman, pihak Google sekali lagi bekerjasama dengan Malaysian Nature Society – dan menjadikan ia adalah kali pertama Street View Trekker di pasang pada ATV.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah paparan gambar Street View sekitar Pulau Tioman menggunakan ATV ini akan diterbitkan memandangkan ia biasanya mengambil masa beberapa bulan untuk mengumpulkan, mengumpul dan menyusun data berkaitan dengannya.