Dua Lagi Kedai Microsoft Dibuka Di Lembah Klang – Di Plaza Lowyat Dan The Mines

Dua Lagi Kedai Microsoft Dibuka Di Lembah Klang – Di Plaza Lowyat Dan The Mines

Diterbitkan pada June 13, 2015 oleh .

Microsoft Malaysia sejak sebulan lepas agak aktif dalam menjenamakan semula pelbagai kedai Nokia kepada Microsoft Authorized Reseller, sekaligus menawarkan pengalaman pelbagai produk Microsoft kepada pengguna dengan lebih dekat.

Selepas membuka lebih kurang lima kedai Microsoft sekitar Lembah Klang pada bulan lepas, kini Microsoft turut menambah dua kedai lagi – iaitu di Plaza Lowyat dan juga The Mines.

Microsoft Store

Melalui kedai Microsoft ini, pengguna boleh mendapatkan pengalaman produk-produk Microsoft dengan lebih dekat – terutamanya untuk Surface, Lumia, Windows, dan juga Office 365.

Seperti biasa, beberapa promosi diadakan bersempena pembukaan kedai Microsoft ini, dimana pengguna boleh mendapatkan beberapa hadiah percuma dengan pembelian produk seperti telefon Lumia atau Surface. Jika anda berkelapangan, mungkin boleh mengunjungi dan melihat sendiri pelancaran kedai Microsoft ini yang dijadualkan pada 13 Jun di Plaza Lowyat, dan 14 Jun di The Mines.


TIPS & ULASAN