Cari @ Amanz

Bagi para peminat permainan simulasi bola sepak, biasanya terdapat dua permainan yang menjadi pilihan – iaitu selain daripada FIFA yang diterbitkan oleh EA, ataupun PES (Pro-Evolution Soccer) yang diterbitkan Konami. Kini, bersempena dengan E3 2016, pihak Konami telah pun mula berkongsi maklumat berkaitan permainan PES 2016 yang akan datang.

PES 2016 (Pro-Evolution Soccer) membawakan kemaskini dari segi grafik permainan dan sokongan AI padanya. Pihak Konami mengatakan kini ia membawakan kesan pelanggaran pemain ketika berebut bola yang lebih baik, masa reaksi untuk satu-lawan-satu yang lebih pantas, selain animasi dan fizik bola yang ditambah-baik. Pemain juga turut boleh mengawal statistik penjaga gol dengan lebih baik berbanding versi sebelumnya.

Pro Evolution Soccer 2016 akan dilancarkan bermula 15 September ini, dan ia bakal ditawarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 3, Xbox One, Xbox 360 dan juga PC.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd