Google sebelum ini pernah diura-ura untuk mendapatkan Twitch. Tetapi perkara tersebut tidak berlaku, dan kini Google dilihat mula memfokuskan kandungan berbentuk gaming melalui platform YouTube mereka. Sebelum ini Google telah sedia mengumumkan penawaran hab khusus di YouTube untuk mengikuti E3 2015, dan hari ini mereka bergerak selangkah kehadapan dengan mengumumkan YouTube Gaming.
YouTube Gaming merupakan salah satu aplikasi untuk peranti mudah-alih, selain turut boleh diakses melalui web – dan melaluinya ia akan memfokuskan kepada kandungan khusus berkaitan dunia gaming. Selain trailer dan video biasa, YouTube Gaming juga akan meliputi siaran langsung dan sebagainya berkaitan dunia permainan.
Ia turut dikatakan setiap permainan akan mempunyai halaman yang didedikasikan untuk memudahkan pengguna mengikuti permainan kegemaran mereka dengan lebih mudah. Pengguna yang melanggan sesuatu saluran turut akan menerima notifikasi apabila siaran langsung permainan dimulakan dan sebagainya.
Namun, apa yang mendukacitakan adalah pengenalannya. Google hanya akan memperkenalkan YouTube Gaming di Amerika Syarikat dan UK sahaja pada peringkat permulaan. Ia tidak diketahui sama ada pengenalan terhad ini untuk penerbit kandungan sahaja ataupun turut melibatkan pengguna umum di negara lain yang ingin mengikuti saluran sedia ada di YouTube Gaming.
- Akan Datang : YouTube Gaming