Valve hari ini mengumumkan DotA 2 Reborn Beta, yang mana merupakan kemaskini kepada permainan popular DotA 2, dan hadir dengan pelbagai pembaharuan padanya. Valve mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai permainan berkenaan pada minggu hadapan, dan memulakan ujian beta pada minggu hadapan.
DotA 2 Reborn ini hadir dengan enjin permainan baru serta memberikan nafas baru kepada antaramuka permainan berkenaan. Valve turut mengatakan DotA 2 Reborn ini turut membawakan cara permainan yang baru melalui Custom Games.
Kemaskini baru ini juga membawakan rekaan baru untuk Dashboard, selain memudahkan pengguna memainkan permainan dengan paparan butang Play di pelbagai halaman. Disamping itu, Valve juga kini menyediakan tutorial untuk memainkan permainan berkenaan dengan lebih mendalam lagi, sekaligus memudahkan pemain baru memahami dan menyertai arena permainan DotA yang menjadi perbualan ramai pemain seluruh dunia.
Valve dijangka akan berkongsi lanjut mengenai kaedah permainan baru mereka yang dinamakan Custom Games pada minggu hadapan.