Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini telah mengubah algoritma News Feed mereka dengan mengambil kira beberapa perkara dalam memaparkan sesuatu perkongsian pada kedudukan lebih tinggi baru seseorang pengguna. Kini, Facebook turut mengumumkan mereka akan mula mengambil-kira berapa lama anda menghabiskan masa melihat sesuatu jenis perkongsian dan memaparkan ia pada kedudukan lebih tinggi pada NewsFeed anda.

Sebagai contoh, sekiranya ketika menatal NewsFeed, anda berhenti seketika dan menghabiskan masa membaca mengenai perkongsian rakan mengenai percutian di sesuatu lokasi – maka mungkin pada masa akan datang, perkongsian seumpamanya akan dipaparkan pada posisi lebih tinggi di NewsFeed.

Facebook mengatakan perubahan ini adalah salah satu perkara yang penting, kerana ada kalanya anda menyukai sesuatu perkongsian – tetapi tidak meninggalkan sebarang komen atau Like.

Perubahan ini akan dilakukan dan diperkenalkan pada Facebook NewsFeed secara berperingkat bermula minggu ini dan diperkenalkan kepada semua pengguna global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd