Cari @ Amanz

Setiap tahun, pengeluar perisian sekuriti dan antivirus sering mengemaskini penawaran mereka, dan terkini Norton telah pun memulakan ujian beta terbuka untuk perisian antivirus akan datang mereka, iaitu Norton Security 2016.

Norton 2016 Beta

Daripada perkongsian pihak Norton, tiada sebarang perubahan drastik yang besar diperkenalkan pada versi beta ini. Sebaliknya, ia lebih ditujukan kepada pengguna Windows 10 Technical Preview, sekaligus membolehkan pihak Norton mengoptimasikan penawaran mereka untuk Windows 10 yang bakal dilancarkan pada 29 Julai ini.

Jika anda mempunyai Windows 10 Technical Preview, mungkin anda boleh mendaftarkan diri untuk menyertai beta daripada Norton ini, dan mencuba sendiri perisian antivirus Norton Security dan juga Norton Security Backup yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd