Huawei Y5 Dan Huawei Y3 – Telefon Pintar Mampu-Milik Daripada Huawei Kini Di Malaysia

Huawei Y5 Dan Huawei Y3 – Telefon Pintar Mampu-Milik Daripada Huawei Kini Di Malaysia

Diterbitkan pada June 15, 2015 oleh .

Huawei sedia menawarkan sejumlah peranti berspesifikasi tinggi di Malaysia, termasuk antaranya adalah Ascend Mate 7 dan juga Huawei P8 yang bakal dijual di Malaysia secara rasminya bermula minggu ini. Selain daripada peranti berspesifikasi tinggi, kini Huawei turut menambah penawaran peranti mampu-milik mereka di Malaysia, iaitu Huawei Y5 dan juga Huawei Y3.

Huawei Y5 Huawei Y3

Huawei Y5 merupakan peranti dengan skrin 4.5-inci, hadir dengan memori 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel.

Sementara Huawei Y3 membawakan spesifikasi sedikit rendah, dimana ia menggunakan skrin bersaiz 4-inci, memori 512MB RAM, kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel. Kedua-dua peranti dijana menggunakan Android, dan dilengkapi antaramuka EMUI.

Terdapat dua variasi cip pemprosesan yang digunakan pada peranti ini, iaitu MediaTek dan Spreadtrum. Buat masa ini, kami kurang pasti mengenai penawaran cip pemprosesan khusus untuk pasaran Malaysia dan telah menghubungi pihak Huawei Malaysia untuk maklumat berkaitan dengannya. Pihak Huawei sendiri mengatakan pengumuman rasmi berkaitan peranti ini akan menyusul pada minggu ini.

Di Malaysia, Huawei Y5 akan ditawarkan pada harga RM339, sementara Huawei Y3 pula berharga RM249. Kedua-dua harga adalah termasuk GST.


TIPS & ULASAN