Perbezaan Grafik Konsol Dan PC Untuk Batman Arkham Knight Diperlihatkan
Artikel Berkaitan

Perbezaan Grafik Konsol Dan PC Untuk Batman Arkham Knight Diperlihatkan

Diterbitkan pada June 15, 2015 oleh .

Perbalahan peminat konsol dan PC sudah berlarutan bertahun lamanya. Pengguna PC menyalahkan kewujudan konsol yang menyebabkan grafik permainan video terpaksa diturunkan bagi membolehkan konsol menjalankannya tanpa masalah. Kemarahan bermula tahun lalu apabila Watchdogs untuk PC langsung tidak kelihatan secantik apa yang dijanjikan. Apabila Witcher 3 dijual bulan lalu dengan ketiadaan sokongan sistem partikel generasi terkini untuk PC, sekali lagi pengguna konsol dipersalahkan.

Nvdiaoi Gameworks Batman

Untuk Batman Arkham Knight nampaknya pengguna PC mempunyai kelebihan. Sekiranya anda menggunakan kad grafik yang menyokong teknologi Nvidia Gameworks. Permainan yang bakal muncul hujung bulan ini akan kelihatan lebih realistik. Sisten partikel asap interaktif ini tidak akan muncul pada versi konsol. Pada waktu yang sama pengguna kad grafik AMD juga hanya menerima nasib yang sama seperti pengguna konsol kerana bagi memperlihatkan sistem partikel realistik ini teknologi Nvidia diperlukan.

Jadi dari segi grafik pengguna PC dengan kad grafik Nvidia akan mempunyai permainan yang kelihatan lebih realistik. Persoalannya adakah kualiti grafik penting bagi anda?

 


TIPS & ULASAN