ODiN – Tetikus Maya Menggunakan Teknologi Unjuran Laser

ODiN – Tetikus Maya Menggunakan Teknologi Unjuran Laser

Diterbitkan pada June 15, 2015 oleh .

Di Computex yang baru berakhir baru-baru ini, Lenovo memperlihatkan konsep telefon pintar dengan papan kekunci maya unjuran hologram. Teknologi ini masih belum wujud secara komersial tetapi ia memberikan kita sekilas bagaimanakah rupa peranti zaman akan datang. Sekiranya anda tidak mahu menunggu kini wujud ODiN, tetikus maya yang menggunakan teknologi unjuran laser.

ODiN-mouse

Tetanus ODiN kelihatan seperti kepala robot Transformers. Apabila dipasang pada komputer ia akan mengunjurkan imej sebuah pad sesentuh pada permukaan meja. Secara automatik kini akan mempunyai sebuah tetikus maya. Kelebihan ODiN berbanding tikus biasa ialah dari segi saiz. Ia sebuah kiub setinggi 5 cm dan lebar 4 cm. Dengan sokongan pergerakan jari pengguna boleh mentatal dengan menggunakan dua jari, serta melakukan zoom keluar masuk seperti sebuah pad sesentuh komputer riba. Tetikus ODiN masih mengumpulkan dana dan dijual pada harga bermula $49 sebuah.

 


TIPS & ULASAN